Saturday 21 April 2012

LOGO - Definisi


Definisi Logo

Bulatan Besar
Mengambarkan Penjara Simpang Renggam sebagai tempat yang sentiasa mempraktikkan aspek 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam,Sentiasa Amal.

Warna Hijau
Warna hijau yang terdapat pada pada perkataan “ Penjara Simpang Rengam “ ini merupakan warna Jabatan Penjara Malaysia.

Warna Merah
Warna merah yang terdapat pada perkataan “5S ” melambangkan kami, kakitangan Penjara Simpang Renggam sentiasa berani dan bersemangat dalam usaha menjayakan aspek-aspek 5S.

Warna Kuning
Warna kuning yang terdapat pada perkataan “Budaya Kerja Kita” melambangkan keharmonian dan bersatu padu kami, kakitangan Penjara Simpang Renggam terus memperkasakan konsep 5S.

Warna Putih
Warna putih yang terdapat pada bulatan lambang penjara melambangkan keluhuran dan kesetiaan kami kepada Jabatan Penjara Malaysia.

Carta Organisasi Induk

Carta Organisasi Induk bagi Pelaksanaan Amalan 5s di Penjara Simpang Renggam, Johor.

Terdapat 11 Zon dan setiap Zon di wakili oleh seorang Pengerusi sebagai pengemudi Zon tersebut dalam melaksanakan dan mengekalkan Amalan 5S di Zon masing-masing.

Pecahan Lokasi mengikut Zon adalah seperti berikut :

ZON INTEGRITI 
Pejabat Pengarah, Pejabat PTD, Pejabat PA Pengarah, Pejabat Pentadbiran/Am, Pejabat Kewangan, Stor dan Logistik, Pejabat Parol dan Bilik Janakuasa.

ZON KOMITED
Pejabat Penguasa Keselamatan, Pejabata Detil Pegawai Rendah, Pejabat Guru Ketukangan, Pejabat Unit Agama PSR, Bilik Gerakan/Mesyuarat, Bilik Rehat Pegawai Malam, Surau Anggota dan Tandas Anggota

ZON PROAKTIF
Bilik Detil Pegawai Kanan, Pejabat Timbalan Penguasa, Bilik Gambar, Tempat Perjumpaan Tahanan (Sementara) dan Kantin Dalam

ZON ASERTIF
Pejabat Urusetia PSR, Bilik Operator, Bilik Kawalan, Pejabat Rekod Banduan, Tempat Jumpa Peguam/Polis dan Mahkamah (Bilik Perbicaraan)

ZON KONDUSIF
Rumah Kelab

ZON DRASTIK
Bilik Pemeriksaan Tahanan/Banduan, Pintu Utama dan Pintu Gerbang

ZON KREATIF
Pejabat Kenderaan dan Bengkel Kenderaan

ZON INOVASI
Bilik Penguasa Pemulihan, Pejabat Rekod Tahanan, Pejabat Dokumentasi Tahanan dan Pejabat Kebajikan.

ZON TRANSFORMASI
Pejabat Lembaga

ZON SIGNIFIKAN
Tempat Daftar Jumpa
ZON INTELEK
Pejabat Perusahaan

Friday 20 April 2012

SLOGAN, POLISI dan OBJEKTIF

SLOGAN
AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5’S BUDAYA KERJA KITA

POLISI 
KAMI WARGA KERJA PENJARA / PPA SIMPANG RENGGAM AKAN SENTIASA KOMITED DENGAN PRINSIP 5’S DI DALAM USAHA PENGWUJUDAN PERSEKITARAN KERJA BERKUALITI

OBJEKTIF
1
Meningkatkan kecemerlangan Jabatan Penjara Malaysia melalui penerapan amalan 5S
2
Meningkatkan imej Jabatan melalui kualiti persekitaran yang kondusif
3
Meningkatkan produktiviti dan kualiti yang sentiasa mempunyai nilai tambah dan memenuhi ekspektasi pelanggan
4
Membudayakan amalan 5S dan kerja berpasukan dikalangan warga Jabatan Penjara Malaysia
5
Menjadi organisasi contoh kepada Jabatan lain.

Friday 22 April 2011

Lawatan Muhibbah ke TNB Kulai Jaya


Tarikh : 24 Mac 2011
Hari  : Khamis
Masa : 9.00 pagi

Seramai 36 anggota terdiri daripada kakitangan beruniform dan awam mengikuti program Lawatan Muhibbah Amalan Persekitaran Berkualiti 5s ke TNB Kulai Jaya.  Lawatan ini bertujuan untuk proses penambahbaikan ke arah pengekalan persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5s di Penjara/Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam.

Acara lawatan di mulai dengan taklimat oleh wakil pengurusan TNB Kulai Jaya.
 *** Taklimat oleh TNB Kulai Jaya ***

 *** PP Tey Hock Soon, Pengerusi 5S PSR menandatangani buku Lawatan TNB Kulai Jaya ***

Antara Sudut 5s yang terdapat di sana.




Contoh-contoh pelaksanaan Amalan Persekitaran 5s sebagai rujukan :


 
 
 
 
 
 

Wednesday 20 April 2011

Apa itu 5S



SEIRI > SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja dan membuangkannya

SEITON > SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO > SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU > SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE > SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya