Saturday 21 April 2012

LOGO - Definisi


Definisi Logo

Bulatan Besar
Mengambarkan Penjara Simpang Renggam sebagai tempat yang sentiasa mempraktikkan aspek 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam,Sentiasa Amal.

Warna Hijau
Warna hijau yang terdapat pada pada perkataan “ Penjara Simpang Rengam “ ini merupakan warna Jabatan Penjara Malaysia.

Warna Merah
Warna merah yang terdapat pada perkataan “5S ” melambangkan kami, kakitangan Penjara Simpang Renggam sentiasa berani dan bersemangat dalam usaha menjayakan aspek-aspek 5S.

Warna Kuning
Warna kuning yang terdapat pada perkataan “Budaya Kerja Kita” melambangkan keharmonian dan bersatu padu kami, kakitangan Penjara Simpang Renggam terus memperkasakan konsep 5S.

Warna Putih
Warna putih yang terdapat pada bulatan lambang penjara melambangkan keluhuran dan kesetiaan kami kepada Jabatan Penjara Malaysia.

No comments:

Post a Comment